Pejam celik, pejam celik dah pun 2 minggu berpuasa. Berpuasa kat rumah, tak lah berat mana. Lepas anak2 dah keluar kerja/sekolah, mama boleh tidor balik atau melepak depan tv sementara menanti maid-jepun siapkan washing. Lepas menyidai baju, sambung dok depan tv atau membaca. Sekali sekala bila mood terlebih rajin datang, adalah kemas sikit2 rumah ni. Itu pun nasib baik engineer UNI*MAP ada. Dia yang rajin menge-mop dan menyapu rumah.
Berat jugak memikirkan juadah berbuka dan sahur..memandangkan lain orang, lain permintaan nya. Setakat ni main bantai beli kat pasar ramadan je. So far, mana tempat yang dah biasa beli, rasanya maintain jugak. Bila sekali sekala terasa nak mencuba gerai/jualan tempat baru, mula lah.. entah apa2 rasanya. So far the nice Kelantan Freid Chicklen (actual spelling on banner), is nicest at the PasRam Proton. Nasi Ambeng and Laksa Johor kat PasRam Shell. Dah jumpa murtabak singapore yang murah kat PasRam Shell. Passable lah.. nak dapat yang authentic, nak kena balik JB.. Nasi briyani is still best at Mamak Sect15. Roti canai and roti nan pun dah makan. Ayam tandori dah lama marinade dalam freezer, ntah bila nak masaknya. Ada kala sahur cuma 2 keping roti sapu sekaya je. Janji dapat minum air.
Menanti bila bole 'cuti' puasa. Tahun ni berapa hari ntah akan bercuti. Sabtu nie akan keluar bayar zakat fitrah dan juga fidyah.
Selamat beribadah di bulan ramadhan ini.