21 February 2012

Ya Allah


....Ya Allah

....Sekiranya dia adalah suami pilihan Mu diArash
....berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.

....Sekiranya dia adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
....kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

....Sekiranya dia adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
....limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

....Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
....peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

....Sekiranya dia adalah jodoh yang dirahmati olehMu
....berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

....Amin