04 March 2011

Dinner di mana?

Malam ni dah setting hendak makan nasi dengan kari ayam di Hailam Kopi*tiam. 

Semasa nak drive into the parking area, terserempak dengan sebiji kereta yang di pandu dari arah lawan.. memang sah kena horn.  Ish.. tak tahu lah, samada tak tahu atau sengaja buat2 tak tahu.

Masuk kedai dan duduk di port biasa, berhampiran dengan kaunter buat minuman.  Bila di aju menu, terus selak ke mukasurat berkenaan.. hehe di sini, kebanyakan pelayan adalah dari Myanmar.. ada masaalah bahasa sikit.  Untuk memudahkan pesanan, kita cuma perlu tunjuk gambar dan sebut nombor nya sahaja.  Faiz and Mama nya, laju sahaja membuat pesanan sebab selalu sangat ke mari, tapi Faizal terkial2 lah jugak. Agaknya menu nya lain dari yang dia biasa lihat..di MekDee.. hahaha..

Habis2 Faiz dan mama memesan nasi dengan kari ayam dan telur ayam omega separuh masak.  Minuman biasa Faiz, lemon tea-cold (mengikut apa yang tertera di menu) dan mama, nescafe-cold (alamat lambat lah tidor malam nie!!). 

Faizal pula memesan nasi lemak special, telur ayam omega dan sambal sandwich special.  Faizal mintak "palm lime juice"...begitu lah sebutan dia.  Rupa2nya dia mintak air limau dengan asam boi.  Plum bukan palm.

Cepat pesanan sampai ke meja.  Very efficient!!  Makanan di hidang dalam pinggan/mangkuk dan juga sudu yang di perbuat dari porselin.  Tak lama selepas kami mendapat hidangan, kami mendengar bunyi kaca berderai di meja sebelah.  Adoi.. apa lak bagi bayi kecil main dengan sudu porselin tu.  Dah budak tu hempaskkan ke lantai.. ish ish ish...

Pulang rumah kekenyangan.  Faiz siap tapau kari ayam.  3 orang makan nasi, telur seteng, sandwich dan minuman manis.. kopak rm50.  Rasa berbaloi gak.. sebab kenyang.  Alhamdulillah..

0 comments: