09 March 2011

Pesanan Buat Anak-anak Lelaki ku.. ~ dari blog KakcikNurseroja

Bila suatu hari nanti kamu beristeri
Ingatlah bahawa isterimu bukan abdi
Padanya kasih wajib kau beri
Nafkah zahir dan batin jangan sesekali kau pandang sepi

Walau telah banyak wang kau keluarkan
Isterimu sama sekali bukan hamba tebusan
Bila langkah tidak seiringan
Bukan bermakna kau harus mencari persimpangan

Isterimu mungkin bukan pilihan hati
Tapi dia jodohmu yang ditentukan Ilahi
Belajarlah untuk saling mencintai
Bukan kesalahan yang sengaja dicari-cari

Kalau dia memang yang kau pilih
Janganlah suatu hari nanti kau mula berdalih-dalih
Rawatlah segala luka dan pedih
Mekarkan kasih sehingga pulih

Bila sudah hidup bersama
Kongsikan segala suka dan duka
Jalankan tanggungjawab besama-sama
Bukan hanya tahu mengarah sahaja

Kalau kalian sama bekerja
Jangan kau cuba menjadi raja
Bantulah tugasan di rumah sepenuh rela
Agar isterimu boleh merawat dirinya

Jangan nanti kau mencebik-cebik
Kononnya isterimu tidak lagi cantik
Sedang penatnya tak pernah kau telek
Hanya yang kau tahu memekik-mekik....

Ingatlah isteri itu amanah Allah swt pada mu..

0 comments: