Terbaca status kawan tentang "berlari dalam guni", suddenly teringatkan majlis sukan zaman sekolah rendah dulu. Nak bandingkan dengan sukan zaman anak2 sekarang.. rasa2nya enjoy habis zaman itu.
Latihan demi latihan di jalankan walaupun kita hanya berlari dengan telur dalam sudu, berlari dalam guni dan "elephant walk" siap dengan topeng yang di buat masa arts class. Itu untuk murid yang berada dalam lower primary (darjah 1-3).
Bagi yang lebih "senior" (darjah 4-6), sukan lebih 'serious'. Relay atau lari berganti pun di anggap serious. Bukan senang nak 'passing' baton. Mula dengan tangan kanan dan passing pada tangan kiri kawan. Bila dah selamat tangkap dengan tangan kiri, hendaklah di tukarkan ke tangan kanan pula. Macam mana berlatih pun, ada kala nya jatuh juga baton tu.
Oleh sebab kita ni agak tinggi, kenalah masuk lompat tinggi.. tapi tak le tinggi mana pun kalau nak bandingkan dengan standard professsional! Haha.. Minat jugak dengan discus and javelin throwing. Teringat satu incident di mana discus yang kawan nak baling terlepas kebelakang dan hit batang hidung budak yang kebetulan duduk dekat. Huhu.. sampai sekarang kalau nampak orang tu, kita ingat balik.. Orang tu sekarang bergelar Datuk dah pun.
Minggu sebelum sukan di adakan, kita sibuk dengan 'march past'. Kita lead lah... almaklum suara kuat. Hehe.. kemudian sehari dua sebelum sukan, kita kena decorate khemah mengikut warna kumpulan. Kita dari rumah biru, jadi segala dalam khemah kena berwarna biru dan sehingga kini saya ingat bunga warna biru tu, iaitu bunga telang. Sekarang baru kita dapat tahu bunga tu di gunakan untuk buat nasi kerabu.
Habis sukan, pasti akan bawa balik banyak hadiah juga trofi2. Hamper2 akan di buka dan kandungan nya di bahagi2 sama rata.
Seronoknya zaman kanak2.
0 comments:
Post a Comment